IPOH – Seorang lelaki ditemui mati dalam kereta Toyota Camry yang berkunci di Jalan Lahat berhampiran Pondok Polis Little India di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 59 tahun dan berasal dari Taman Gunung View di sini itu ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di dalam kereta tersebut. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian…










