IPOH – Polis menahan seorang juruteknik teknologi maklumat selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri sebanyak 28 buah tablet yang bernilai RM58,800 dari stor sebuah kilang elektronik di Chemor di sini Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Thamby berkata, cawangan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah memberkas lelaki berusia 42 tahun di hadapan kilang tersebut pada Isnin lalu. Jelasnya, susulan penangkapan suspek yang bekerja di…










