Lelaki ditahan bersama dadah - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos – Seorang lelaki ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Baru dekat sini awal pagi ini bersama sejumlah dadah jenis heroin, ganja dan Methamphetamine seberat hampir 50 gram (g).

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, polis memeriksa suspek berusia 29 tahun dan berasal dari Parit Buntar, Perak itu sebelum menemukan dadah tersebut di dalam poket baju dipakainya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan polis menemukan 22.36 g dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM670, 20.89 g ganja (RM730) serta 4.79 g Methamphetamine (RM720) daripada suapek yang memiliki satu rekod berkaitan dadah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 daripada suspek yang mengaku membeli dadah itu daripada seorang lelaki di Alma dekat sini.

“Dadah jenis heroin itu ditenukan di dalam tiga plastik lutsinar manakala kanabis disimpan di dalam lapan plastik lutsinar dan Methamphetamine dibungkus di dalam tiga plastik lutsinar.

“Lelaki itu kini ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B), Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN