JAKARTA 26 Ogos – Misi melebur rekod kebangsaan acara pecut berpasukan lelaki menjadi fokus jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang serta dua rakan sepasukannya, Muhd. Shah Firdaus Sahrom dan Mohd. Fadhil Zonis apabila basikal trek membuka kempen Sukan Asia 2018 di Velodrom Antarabangsa Jakarta di Rawamangun, esok. Ketika ini rekod kebangsaan acara itu ialah 44.725 saat dilakukan trio Azizulhasni, Josiah Ng dan Rizal Tisin sewaktu Sukan Olimpik 2008 di Beijing.…










