Lebuh Raya MEX II dapat penarafan lima bintang - Utusan Malaysia

Lebuh Raya MEX II dapat penarafan lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Projek Lebuh Raya Maju Expressway II (MEX II) yang kini dalam pembinaan menerima penarafan lima bintang setelah mematuhi piawaian Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pembinaan (SHASSIC) yang ditetapkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). 

Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah berkata, penarafan itu diberikan selepas aspek berkaitan tahap pematuhan dan pelaksanaan aspek keselamatan serta kesihatan di tapak projek itu dinilai dan didapati ianya mematuhi piawaian yang ditetapkan. 

“Penilaian SHASSIC dilakukan selepas kemajuan kerja mencapai 25 hingga 75 peratus melalui tiga kaedah iaitu pemeriksaan dokumen, pemeriksaan di tapak dan temuduga ke atas pihak yang berkenaan,” katanya ketika merasmikan ‘Mega Toolbox 2018’ dan majlis penghargaan bagi pencapaian projek MEX II di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebuh Raya MEX II sepanjang 18 kilometer bernilai RM1.3 bilion dibangunkan Maju Holdings Sdn. Bhd. bermula dari persimpangan Putrajaya akan menghubungkan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan melalui Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mega Toolbox 2018 adalah inisiatif di bawah LLM bertujuan mengelak risiko bahaya di tempat kerja selain mempromosikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan serta memotivasi individu supaya bertingkah laku mengikut piawaian.

Pengarah Projek MEX II, Richard Whitehead berkata, pada masa ini pembinaan lebuh raya tersebut telahpun mencapai 60 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya November tahun depan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN