KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, lebih 60,000 entiti perniagaan telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia setakat ini di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menurut Guan Eng, kerajaan tidak akan mengenakan denda terhadap perniagaan yang gagal mendaftar SST sebelum 1 September depan sebaliknya memberikan kelonggaran sekiranya mempunyai alasan yang munasabah. Bagaimanapun, Guan Eng berkata, syarikat yang tidak mendaftar perniagaan dengan SST tidak dibenarkan mengenakan cukai tersebut…










