Lebih 50 peratus tidak hirau keselamatan semasa isi minyak kenderaan - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus tidak hirau keselamatan semasa isi minyak kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Lebih 50 peratus pengguna tidak menghiraukan aspek keselamatan semasa mengisi minyak kenderaan yang mampu mengundang risiko keselamatan dan nyawa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Khairul Amin Talib berkata, kebanyakan pengguna kenderaan masih menggunakan telefon pintar semasa mengisi minyak kenderaan masing-masing.

“Selain itu, enjin kenderaan tidak dimatikan dengan alasan sukar untuk menghidupkan semula selain ada yang menghisap rokok semasa di stesen minyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, ada penunggang motosikal yang mengisi minyak dengan duduk di atas kenderaan itu.

“Kita mengharapkan pengguna mengambil serius perihal keselamatan ini kerana melibatkan keselamatan dan nyawa kerana menyesal kemudian tiada gunanya,” katanya kepada pemberita di Stesen Minyak Petronas Kuala Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian selepas Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum dan Gas 2018 Peringkat Negeri Perlis.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNHEP, Shamsuzaman Sulaiman dan Eksekutif Operasi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Aizuddin Mohd. Ayob.

Penggunaan telefon pintar, tidak mematikan enjin kenderaan, merokok dan duduk di atas motosikal mampu menyebabkan berlakunya percikan api, nyalaan api dan tumpahan minyak.

Selain itu, mengisi minyak di dalam tong yang tidak sesuai seperti bekas minuman air mineral boleh menghasilkan elektrik statik punca kebakaran besar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN