MINA 21 Ogos – Jemaah haji Malaysia tiba di Mina bagi melakukan satu lagi tuntutan ibadah haji iaitu melontar di tiga jamrah. Mereka menyertai lebih tiga juta umat Islam dari seluruh dunia yang bergerak dari arafah malam tadi. Lebih 30,200 jemaah Malaysia bertolak ke Muzdalifah seawal selepas maghrib, malam tadi secara berperingkat selepas menyempurnakan rukun haji kedua iaitu berwukuf di Arafah. Selepas bermabit di Muzdalifah, kumpulan pertama jemaah terus ke…

 
								 
											









