KUALA LUMPUR 30 Ogos –Jabatan Perubatan Kecemasan dan Kelab Jururawat, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Skuad Aman Wanita (Amanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan larian sejauh lima kilometer (km), Run Against Domestic Violence pada 27 Oktober ini.
Jabatan Perhubungan Korporat PPUM dalam satu kenyataan memaklumkan, larian tersebut akan berlangsung dari pukul 6 hingga 11 pagi di Stadium Sains Sukan, Universiti Malaya (UM) di sini.
“Larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A (lima km terbuka lelaki), kategori B (lima km terbuka perempuan), kategori C (lima km pelajar UM lelaki) dan kategori D (lima km pelajar UM perempuan).
“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai keganasan rumah tangga,” kata kenyataan itu .
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai larian itu, orang ramai boleh layari https:sites.goggle.com/view/eddyvrun2018 dan laman Facebook EDDVRUN. – UTUSAN ONLINE











