SHAH ALAM 20 Ogos – Ganjarannya hanyalah antara RM3,000 hingga RM9,000 selain percutian percuma, tetapi lapan lelaki warga tempatan sanggup menjadi keldai dadah untuk membawa bahan terlarang itu ke Korea Selatan. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila kesemua suspek yang berumur 18 hingga 53 tahun berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 11 dan 15 Ogos lalu. Penahanan itu sekali gus berjaya mematahkan cubaan…










