LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya skuad kendaliannya telah membuka langkah besar untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana England (EPL) selepas meraih kemenangan kedua berturut-turut awal pagi semalam. MANE meraikan jaringan kemenangan ketika Liverpool menewaskan Crystal Palace 2-0 pada aksi EPL di Stadium Selhurst Park awal pagi semalam. Skuad yang diberi jolokan The Reds itu menewaskan Crystal Palace 2-0 untuk menduduki tangga kedua liga dengan enam mata setakat ini.…










