Langkah kanan skuad muda Harimau Malaya di Bandung - Utusan Malaysia

Langkah kanan skuad muda Harimau Malaya di Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Ogos – Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) memulakan kempen Sukan Asia 2018 langkah kanan selepas menundukkan Kyrgystan 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, sebentar tadi.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Safawi Rashid sebelum Ernist Batyrkanov menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Enam minit berselang, Akhyar Rashid kembali meletakkan Malaysia kembali di hadapan menerusi jaringan kedua sebelum Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-78.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan kedua menentang Korea Selatan di venue yang sama, Jumaat ini.

Pencapaian terbaik pasukan bola sepak negara di pentas Sukan Asia adalah ketika meraih pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan edisi 1974 di Tehran.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN