KUALA LUMPUR 25 Ogos – Penyanyi cilik yang semakin menginjak dewasa, Tegar Septian, 17, tidak menganggap kehadiran artis baharu yang digelar dengan panggilan Budak Baru Nak Up (BBNU) sebagai halangan untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang nyanyian. Sebaliknya, pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu secara positif menganggap lambakan penyanyi remaja seusianya adalah petanda positif terhadap perkembangan industri muzik semasa. “Pada peringkat awal, sejujurnya memang saya cemburu…










