KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat membabitkan empat pegawai kanannya berkuat kuasa serta-merta semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Antara yang terlibat dalam pertukaran tersebut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Anuar Omar.
Anuar memegang jawatan sebagai Ketua Polis Timur Laut pada 11 Mei 2017.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, ACP Che Zaimani Che Awang dilantik menggantikan Anuar sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu.
Menurut beliau, turut terlibat dalam pertukaran tersebut ACP Lembaga Parol (III) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Asisten Rosman Omar pula mengisi kekosongan Zaimani.











