GOMA 1 Ogos – Sebanyak empat kes baharu virus Ebola disahkan berlaku di timur laut Republik Demokratik Congo. Menurut Kementerian Kesihatan negara ini, sebanyak 20 kematian juga dilaporkan berlaku di kawasan tersebut. Bagaimanapun, tiada bukti menunjukkan kes baharu itu mempunyai kaitan dengan epidemik yang melanda barat laut Congo sebelum ini. Sekurang-kurangnya 33 orang maut akibat jangkitan Ebola di barat laut negara ini, namun pihak berkuasa mengisytiharkan kawasan tersebut bebas daripada virus berkenaan pada minggu lalu. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya