KUALA LUMPUR 17 Ogos – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk mengadakan kursus Bahasa Melayu untuk ahli-ahli Parlimen.
Hal itu kerana terdapat banyak teguran terhadap beberapa ahli Parlimen yang dilihat tidak menguasai bahasa itu dengan baik selain mengeluarkan kata-kata kesat dan kurang sopan.
Kami (Pakatan Rakyat) pernah anjurkan kursus bahasa untuk ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor selepas 2008 supaya meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Kalau tidak malu nanti kita dengar penguasaan bahasa mereka jauh lebih lemah berbanding pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan sasterawan dan budayawan di Ibu pejabat Presiden PKR di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











