KUALA LUMPUR 22 Ogos – Kerajaan PH disaran mengurangkan politik dalam ekonomi dengan menumpukan kepada prestasi masa hadapan dan bukan melihat ke belakang menyalahkan kerajaan lama BN. NURADLI RIDZWAN Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, polisi untuk memperbetulkan keadaan oleh kerajaan menyebabkan ekonomi mengalami kejatuhan. Beliau berkata, selain menerima kesan daripada situasi semasa ekonomi global, tindakan kerajaan mengumumkan pelbagai…