KLANG 3 Ogos – KUB Malaysia Berhad (KUB) melalui anak syarikat, KUB Gaz Sdn. Bhd. (KUB Gaz) melancarkan dua buah trak gas petroleum cecair (LPG) pengedar utamanya, Mapac Group (M) Sdn. Bhd. (Mapac). Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Abdul Rahim Mohd. Zin berkata, inisiatif Mapac itu akan meningkatkan lagi kecekapan pengedaran LPG kepada para pelangganya. Katanya, pelaburan tersebut didorong oleh permintaan LPG yang semakin meningkat oleh pasaran domestik…










