JAKARTA (Indonesia) – Kru Kosmo! yang diberi peluang untuk membuat liputan Sukan Asia 2018 di Indonesia, Muhd. Ardie Putra Suhaimi dan Muhammad Riduan Mohd. Hanafiah selamat tiba di sini semalam. Ini merupakan kali pertama dua wartawan Meja Sukan Kosmo! itu diberi peluang membuat liputan penganjuran temasya sukan yang dianggap terbesar selepas Sukan Olimpik. “Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di Jakarta dan berasa terkejut dengan layanan mesra serta persiapan…










