GOTONG-ROYONG. Seramai 15 penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Lahat Indah bergotong-royong membersihkan persekitaran Surau Al-Amin di taman tersebut di Ipoh baru-baru ini. Pengerusi Jiran Warga Emas, Mohd. Shohaimi Alang Ibrahim berkata, program tersebut bertujuan memperindahkan lagi kawasan surau apabila 15 pokok bunga kertas di tanam di sekitar pekarangan surau. “Program ini dijalankan secara bersama oleh pihak surau, Jiran Warga Emas, Jiran Wanita dan Jiran Muda KRT taman,” katanya. Sementara…










