SUATU ketika, Maria Chaodza, 17, menggunakan cebisan sarung bantal dan karpet lama sebagai ganti tuala wanita kerana kemiskinan. Setiap kali kedatangan haid, Chaodza tidak akan ke sekolah kerana mahu mengelakkan rakan-rakannya tahu keadaan tersebut. Kedua-dua ibu bapa mahupun kekasihnya yang merupakan petani di daerah Makonde, Zimbabwe tidak mampu membeli tuala wanita. Zimbabwe sedang mengalami krisis kebersihan apabila ramai pelajar sekolah terlalu miskin untuk membeli produk keperluan asas wanita itu. Mereka bergantung kepada sumbangan para guru, cebisan kain, tumbuhan dan surat khabar lama. Februari lalu, beratus-ratus gadis dan wanita telah berkumpul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya