KPKT rancang bina taman rekreasi di tapak Highland Towers - Utusan Malaysia

KPKT rancang bina taman rekreasi di tapak Highland Towers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membina sebuah taman rekreasi di tapak Kondominium Highland Towers yang runtuh 25 tahun lepas, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.

Memuatkan artikel berkaitan…
Zuraida KAMARUDDIN
ZURAIDA

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah merancang untuk membina projek perumahan bagi golongan B40 di tapak kondominium tersebut, tetapi ia lihat tidak bersesuaian untuk dibina.

“Namun kedudukan asas tanah di kawasan itu didapati tidak sesuai untuk di­dirikan rumah atau bangunan. Jadi kita akan menukarkan kawasan itu sebagai taman reakreasi. Loka­sinya strategik dan ma­syarakat sekitar boleh gunakannya.

“Setakat ini jawatankuasa mengenai Highland Towers telah lima kali bermesyuarat dan telah mengenalpasti pemilik sah bangunan itu. Kita sedang dalam peringkat mengusahakan cadangan bagi membangunkan kawasan itu. Ia masih dalam perancangan dan InsyaAllah saya akan luluskan bila sampai masa­nya,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran kem­pen #Girl2Leaders Malaysia.

Yang turut hadir isteri Menteri Besar Selangor Masdiana Mo­hammad yang juga Pe­ngerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Pada 11 Dis 1993, satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang.

Berikutan itu, penghuni dua blok lain dipindahkan dan sejak itu bangunan berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagih dadah. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN