PULAU PINANG 26 Ogos – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat pembekal bertindak mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan akan berlaku kenaikan harga barang apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan bulan depan. Saifuddin Nasution berkata, tindakan berkenaan melanggar undang-undang negara kerana ketika ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih belum mengeluarkan senarai rasmi barangan keperluan yang akan dicukai. Katanya, kementerian akan mengambil tindakan…










