MATARAM, Indonesia – Angka kematian akibat gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 yang menggegarkan Pulau Lombok meningkat kepada lebih 131 orang, kata beberapa pegawai semalam, manakala kira-kira 156,000 penduduk hilang tempat tinggal. Gempa cetek itu melanda pada Ahad lalu, seminggu selepas satu lagi gegaran kuat meragut 17 nyawa di pulau pelancongan tersebut. Kira-kira 1,477 orang cedera parah dalam bencana terbaharu itu dengan puluhan ribu kediaman rosak, manakala pihak berkuasa merayu supaya…










