Kongsi duit tunai korban - Utusan Malaysia

Kongsi duit tunai korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kami anak-beranak berkongsi duit untuk melakukan ibadat korban. Satu bahagian lembu harganya RM600. Maka kami berkongsi duit RM150 seorang. Saya, isteri dan dua anak. Haruskah perkongsian begini?

Memuatkan artikel berkaitan…

SEELOKNYA ia dilakukan atas satu nama dengan belanja seorang sahaja. Namun ada masanya kita kekurangan dalam aspek ekonomi. Maka kita berkongsi duit sekadar yang termampu untuk melakukan ibadat korban dengan satu bahagian.

Amalan berkongsi sebegini adalah baik dan mulia. Hukumnya adalah harus. 

Namun begitu, satu nama sahaja diletakkan untuk satu bahagian walaupun berkongsi duit. Contohnya nama tuan sebagai suami dan bapa. Maka nama tuan di atas bahagian korban. Korban ini dilakukan atas nama tuan, manakala ahli keluarga termasuk dalam nama tuan sebagai ketua keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN