Konflik gajah dan manusia bukanlah suatu yang baharu sejak Orang Asli mengamalkan pertanian pindah. Pokok-pokok yang ditanam dirosakkan atau dimakan oleh gajah. Sebagai haiwan darat yang paling besar memerlukan makanan yang banyak setiap hari. Gajah dilaporkan memakan sebanyak 150 kilogram (kg) sehari dan memerlukan kawasan yang luas untuk mencari makanan. Tanaman yang ditanam Orang Asli seperti pokok pisang, buah-buahan dan lain-lain menjadi tarikan gajah. Konflik seterusnya berlaku apabila pembukaan tanah…










