JAKARTA – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan memberi ganjaran RM10,000 kepada mana-mana atlet olahraga kebangsaan yang berjaya menyumbangkan pingat pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang. Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata, KOM tidak kisah andai terpaksa mengeluarkan belanja sehingga RM100,000 sekali pun sekiranya ia dapat membakar semangat atlet untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan terbesar Asia itu. “Jika ada yang berjaya memperbaharui rekod kebangsaan kami akan beri RM5,000 dan…










