JAKARTA 22 Ogos – Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak kisah andai terpaksa mengeluarkan belanja sehingga RM100,000 sebagai ganjaran buat atlet negara yang cemerlang dalam kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang. Skuad olahraga negara tiba pada hari ini di Perkampungan Atlet, Kemayoran sebelum memulakan aksi pada 25 Ogos ini bagi memburu sasaran sekurang-kurangnya satu pingat dalam kempen Sukan Asia. Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, sejumlah RM10,000 menanti buat mana-mana atlet olahraga…










