Kofi Annan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kofi Annan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Kofi Annan meninggal dunia ketika berusia 80 tahun semalam.

“Dengan penuh duka cita, keluarga Annan dan Yayasan Kofi Annan mengumumkan bahawa Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB dan pemenang Nobel Keamanan mening­gal dunia pada hari Sabtu, 18 Ogos akibat penyakit jangka pendek,” kata yayasan mendiang dalam satu kenyataan.

“Isteri beliau, Nane dan anak-anak mereka, Ama, Kojo dan Nina berada di sisi ketika saat terakhirnya,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Warganegara Ghana yang tinggal di Switzerland itu merupakan seorang diplomat dengan menampilkan karisma yang tenang dan mendapat banyak penghargaan untuk meningkatkan profil badan dunia dalam politik global sepanjang dua penggal sebagai pemimpin PBB dari tahun 1997 hingga 2006.

Beliau dengan pantas menjadi salah seorang yang terkenal dengan namanya sering menjadi tajuk be­rita akhbar dan sentiasa dicari ketika acara makan malam di New York.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melahirkan rasa sedih sebaik sahaja mendapat berita tersebut dan menyifatkan Annan sebagai ‘satu kuasa panduan untuk kebaikan.

“Dengan kata lain, Kofi Annan adalah PBB,” katanya.

“Dia naik dari peringkat bawah untuk mengetuai pertubuhan memasuki milenium baharu dengan kemuliaan dan keazaman yang tiada tandingan.

‘Seperti banyak pihak, saya bangga untuk meletakkan Kofi Annan sebagai rakan baik dan seorang mentor,” tambahnya.

Setiausaha Agung PBB pertama dari sub-Sahara Afrika, Annan memimpin PBB melalui tahun perang yang memecahkan Iraq dan kemudian dituduh terlibat skandal rasuah minyak untuk makanan, satu masa paling mencabar pasukannya.

Pada tahun 2001, Annan dianuge­rahkan Hadiah Nobel Keamanan bersama badan dunia atas usaha mereka untuk dunia yang teratur dan lebih aman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN