MELIHAT kepada situasi lambakan drama bersiri berbentuk klise yang ditayangkan di kaca televisyen, pengarah senior Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sedar selagi penonton masih menagih bahan cerita yang sama, situasi seperti itu tidak dapat diubah dalam industri. Tidak menyokong namun tidak juga menolak keadaan ini, sebagai orang lama dalam industri, Tarmimi berpandangan selagi penonton mahukan drama-drama berbentuk klise seperti kisah percintaan dua darjat dan sebagainya, pengarah sepertinya tiada daya untuk membantah…










