KUALA LANGAT – Keghairahan tauke kilang memproses sisa plastik haram untuk membuat keuntungan seperti tiada penghujung apabila masih terdapat premis yang beroperasi di sekitar daerah Kuala Langat tanpa menghiraukan undang-undang.
Tindakan tauke-tauke dari China itu seolah-olah menunjukkan mereka kebal daripada sebarang tindakan selain mencabar pihak berkuasa yang mengarahkan semua kilang haram ditutup.
Tinjauan Kosmo! baru-baru ini mendapati, masih terdapat beberapa buah kilang haram yang beroperasi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebuah kilang di Jalan Klang-Banting, Telok Panglima Garang di sini pernah diserbu pada 2 Ogos lalu, namun hanya sebahagian premis yang disita.











