Khutbah Arafah lima bahasa termasuk bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Khutbah Arafah lima bahasa termasuk bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 13 Ogos – Imam Besar dua masjid agung di Mekah dan Madinah, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan kerajaan Arab Saudi telah menyediakan terjemahan khutbah Arafah da­lam lima bahasa bagi memboleh­kan jemaah haji serta umat Islam di seluruh dunia mendengar secara langsung terjemahan khutbah itu.

Sheikh Abdul Rahman berkata, kemudahan itu akan dilancarkan menerusi frekuensi radio khas dalam lima bahasa yang diterima pakai iaitu Melayu, Urdu, Parsi, Perancis dan Inggeris.

Sheikh Abdul Rahman sendiri dijang­ka­ menyampaikan khut­bah Arafah pada musim haji tahun ini dalam bahasa Arab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terjemahan dalam bahasa Melayu dibuat bagi manfaat orang Me­layu, yang merupakan sebahagian besar kumpulan jemaah dari Asia Tenggara, kebanyakan mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan fahaman ini berkembang ke negara lain termasuk Thailand, Filipina, Singa­pura, Indonesia dan Malaysia.

“Urdu ialah bahasa rasmi Pakistan dan masyarakat Islam dari lima negara India, di samping beberapa tem­pat lain di Asia Selatan, manakala Parsi pula bahasa rasmi Iran, seperti yang dituturkan di Tajikistan dan negara lain,” katanya di sini.

Beliau berkata, terdapat bilik keselamatan yang dikawal rapi lengkap dengan kemudahan bagi penterjemah, mengambil kira spesifikasi kepentingan dan pe­ngaruh, yang mana terjemahan dilakukan serentak bermula daripada awal khutbah.

Khutbah Arafah akan diadakan di Masjid Nemra di Dataran Arafah, meliputi kawasan seluas 110,000 meter persegi.

Khutbah itu akan disiarkan segera sebelum jemaah menunaikan solat zuhur dan asar dalam satu perhimpunan ringkas, bagi mengikuti sunnah Nabi Muhammad SWT. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN