Khidmat guaman percuma untuk Dr. Ilyani - Utusan Malaysia

Khidmat guaman percuma untuk Dr. Ilyani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pergerakan Wanita UMNO sedia menawarkan khidmat guaman percuma kepada Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi untuk membela hak-hak beliau sebagai rakyat sekiranya dikenakan sebarang tindakan berhubung kenyataannya mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, pihaknya turut mendesak Kementerian Kesihatan agar segera menyatakan pendirian dan mengambil keputusan tentang aduan yang dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam berhubung surat terbuka Nur Ilyani, sekali gus menutup kes itu demi kebaikan semua pihak.

“Pergerakan Wanita UMNO berharap Kementerian Kesihatan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang berkepentingan hingga mungkin terpaksa membuat keputusan yang tidak adil terhadap pegawai perubatan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Impak kepada kes ini bukan hanya memberi kesan kepada Nur Ilyani, bahkan kepada ramai pengamal perubatan lain di seluruh negara.

“Pergerakan Wanita UMNO akan terus memberi sokongan dan bersolidariti dengan Nur Ilyani kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan melalui surat terbuka kepada aktivis, Datin Marina Mahathir mengenai tiada diskriminasi terhadap golongan LGBT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN