KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi telah dimasukkan ke Hospital Pakar Terengganu (KTS) di sini semalam setelah mengadu sakit pada bahagian belakang badan. Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd. Khidhir Izaidin berkata, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah dikejarkan ke KTS pada pukul 6 petang. Beliau berkata, Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri…










