KETUA jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee tidak melihat ketiadaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingannya ketika bersaing dalam Kumpulan E Sukan Asia Indonesia 2018 pertengahan bulan ini. Ini kerana, Kim Swee menganggap skuad negara masih berdepan cabaran sukar antaranya menentang juara bertahan, Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan. Terdahulu, kedudukan Kumpulan E terpaksa dirombak selepas Iraq menarik diri daripada bertanding acara bola…










