Kesejahteraan penduduk keutamaan MCA tawan pengundi PRK Balakong - Utusan Malaysia

Kesejahteraan penduduk keutamaan MCA tawan pengundi PRK Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Agenda kesejahteraan serta keselesaan penduduk menjadi keutamaan calon MCA, Tan Chee Teong, 40, bagi memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong berbanding isu politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Chee Teong yang juga anak tempatan berkata, beliau sebaliknya, menfokuskan untuk menyelesaikan isu kebajikan dan keselesaan masyarakat setempat sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak ingin mengulas lanjut sangat mengenai politik kerana saya lebih menumpukan bagi mengatasi masalah penduduk di sini. Jika cadangan itu baik saya sokong, sekiranya tidak sesuai saya mesti membangkitkan isu.

“Selepas perubahan kerajaan telah berlaku, kita jangan berpolitik sahaja, sudah sampai masanya selesaikan masalah masyarakat, ketepikan isu parti politik (selepas sesuatu pilihan raya) kerana itu semua sejarah,” katanya pada sidang akhbar di Taman Seri Cahaya hari keempat kempennya, di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN