PASIR MAS 16 Ogos – Seorang buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menyembunyikan keterangan berhubung kes melibatkan kematian seorang pegawai kastam dua tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Harkam Mustafa, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah. Mengikut pertuduhan, Mohamad Harkam didakwa dengan sedar menyembunyikan keterangan tentang kecederaan Penguatkuasa Kastam, Anisah Ali yang disyaki sengaja dilanggar sehingga…










