ALOR SETAR 25 Ogos – Kerjasama yang terjalin antara Pas dan UMNO merupakan sebahagian daripada model Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang semakin diterima ahli parti tersebut. Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ahli Pas semakin menerima konsep tersebut meskipun mengakui agak sukar untuk menyuntik fahaman baharu mengenai budaya politik matang tersebut apabila selama ini ahli Pas didedahkan dengan politik saling salah-menyalahkan antara satu sama lain. Menurutnya, model…










