Kerajaan pergiat strategi eksport minyak sawit terutama ke China - Utusan Malaysia

Kerajaan pergiat strategi eksport minyak sawit terutama ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempergiat strategi meningkatkan eksport minyak sawit negara, khususnya dalam mendepani cabaran pemasaran di China dan akan membentuk kerjasama perdagangan yang lebih erat dengan negara itu, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.     

Menurutnya, kementerian berkenaan akan menandatangani memorandum kerjasama dan rundingan perdagangan bebas untuk memudahkan pengeksportan produk minyak sawit Malaysia ke China.         

“Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China yang dijadualkan pada bulan ini akan digunakan sebagai platform untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dengan Kerajaan China,” katanya pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat hari ini.         

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Dr. Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang bertanyakan strategi kerajaan bagi meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia dalam mendepani cabaran pemasaran di Eropah dan China.         

Jawapan Teresa dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd. Akin. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN