Kerajaan negeri perlu warta tanah adat Orang Asli - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri perlu warta tanah adat Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 17 Ogos – Usaha mewartakan tanah adat milik Orang Asli di seluruh negara perlu mendapat kerjasama menyeluruh daripada kerajaan negeri bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan.

Pengarah Media dan Komunikasi POKB Johari Abdullah
Pengarah Media dan Komunikasi POKB Johari Abdullah

Pengarah Media dan Komunikasi POKB Johari Abdullah berkata, cadangan Kementerian Luar Bandar

supaya kerajaan negeri mewartakan tanah adat Orang Asli di seluruh negara perlu diberikan sokongan padu oleh semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sebagai warganegara Orang Asli wajar mendapat keistimewaan tersebut yang merupakan sebahagian daripada hak mereka.

“Jika semua kerajaan negeri setuju untuk mengubah undang-undang sedia ada dengan mengiktiraf tanah adat sebagai tanah milik warga Orang Asli, maka hak mereka sebagai warganegara juga terpelihara.

“Harus diingat Orang Asli bukannya golongan pendatang tetapi adalah sebahagian daripada wargangera yang sah,” katanya.

Beliau mengulas kenyatan Menteri Luar Bandar Rina Harun yang meminta kerajaan negeri mewartakan tanah adat milik Orang Asli. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN