Kerajaan Kelantan nafi sesuka hati roboh sekatan dibina Orang Asli - Utusan Malaysia

Kerajaan Kelantan nafi sesuka hati roboh sekatan dibina Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan hari ini menafikan bertindak sesuka hati merobohkan sekatan pembalakan yang dibina masyarakat Orang Asli di tiga kawasan di Gua Musang empat hari lepas (27 Ogos) .

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana keputusan itu dibuat selepas  mengambil kira pandangan semua pihak termasuk masyarakat Orang Asli sendiri, selain pandangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan juga mahkamah.

“Kerajaan (negeri) sudahpun beri masa yang lama. Jadi pihak berwajib terpaksa mengambil tindakan sepatutnya. Malah ada juga Orang Asli termasuk penghulu jumpa saya mengadu tidak mendapat hasil kerana sekatan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga sudah jumpa Suhakam dan mereka terima baik pandangan kita. Kita tidak bertindak sesuka hati. Malah kita mengikut keputusan mahkamah baru-baru ini. Kita bagi mereka tanah untuk tinggal dan bercucuk tanam, dan mencari hasil (hutan). 

“Mana-mana tanah yang mempunyai masalah, kita gazetkan sebagai tanah perlindungan,” katanya selepas ditemui di majlis pelancaran Institut Dakwah Antarabangsa Perkim Kuala Lumpur (IDIPKL) oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini