KUALA LUMPUR 26 Ogos – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyokong penuh penganjuran Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2018. Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan, Saraya Arbi berkata, kementerian menyokong apa-apa saja penganjuran pertandingan yang berkaitan penghasilan batik. “Penganjuran pertandingan ini mendapat sokongan kementerian kerana ia memartabatkan penghasilan batik yang menjadi warisan negara. “Kementerian membantu dari segi kewangan dan memberikan insentif kepada mereka yang membantu dalam penganjuran pertandingan…










