MELAKA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyasarkan peningkatan kira-kira 15 peratus kedatangan pelancong Korea ke Malaysia pada tahun ini berbanding 484,528 orang pada tahun lepas. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan setiap tahun oleh segmen tersebut yang bertambah kira-kira 9.0 peratus tahun lepas berbanding 2016, meletakkan Korea sebagai negara ke-7 daripada 46 negara yang rakyatnya paling ramai melawat Malaysia. “Peningkatan berkenaan menunjukkan perkembangan positif…










