Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dicadang wujud universiti pertanian di Perlis - Utusan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dicadang wujud universiti pertanian di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 19 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dicadangkan supaya menimbang untuk menjadikan negeri ini sebagai lokasi penubuhan semula sebuah universiti pertanian berikutan kawasan pertanian yang luas di Lembah Chuping.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, selain pertanian yang menyumbang sebanyak 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negeri ini, sektor perikanan juga dekat dengan kehidupan masyarakatnya.

“Kita turut cadangkan agar kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Perlis, menjurus kepada teknologi dan kejuruteraan pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani dan Karnival Industri Asas Tani Aidil Adha Peringkat negeri ini, di Pasar Tani Mega Taman Sena, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Pengarah FAMA negeri, Mohamad Paisal Amri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN