KUALA LUMPUR 24 Ogos – Kembara mencari harta karun ‘Jelajah Parlimen Setiawangsa-Kuala Tahan’ yang tertangguh, dijadualkan semula pada 27 dan 28 Oktober depan.
Program kembara itu, dengan tema ‘A Drive For Nature’ anjuran Pemadam Kawasan Parlimen Setiawangsa menawarkan tiga hadiah utama wang tunai berjumlah RM5,000, RM3,000 dan RM2,000, berserta hadiah lain.
Pengerusi penganjur program, Zulflida Tahmali berkata, yuran kemasukan adalah RM1,000 bagi setiap pasukan yang mempunyai empat anggota, termasuk penginapan satu malam di sebuah hotel di Kuala Tahan, kemeja-T dan barangan lain.
Beliau berkata, selain itu, acara cabutan bertuah turut akan diadakan untuk peserta terlibat.
Orang ramai yang ingin mendapatkan borang permohonan atau maklumat lanjut, boleh hubungi Zulflida (012-257 1310) atau Dzarina (019-348 5461) atau menerusi emel di [email protected].
Bayaran bagi setiap penyertaan perlu dibuat atas nama PEMADAM KAWASAN PARLIMEN SETIAWANGSA ke akaun bank CIMB nombor 8001201341 dan hantarkan salinan slip bayaran ke email atau WhatsApp pada nombor telefon yang disebutkan, tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Oktober. – UTUSAN ONLINE











