PALEMBANG, 20 Ogos – Skuad menembak negara masih suram selepas dua hari saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 membuka tirai, apabila tiada wakil negara melepasi pusingan kelayakan. Dalam acara 10 meter (m) air rifle wanita, penembak muda Nur Izazi Rosli terlepas kelayakan ke final apabila meraih tempat kesepuluh dengan membidik 622.3 mata di Lapangan Menembak Jakabaring, hari ini. Dengan hanya lapan penembak teratas boleh mara ke final, penembak berusia 18 tahun…










