Kejutan Mas Idayu, Benladin di Big Stage - Utusan Malaysia

Kejutan Mas Idayu, Benladin di Big Stage

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Ogos – Konsert keempat program realiti Big Stage 2018 (BS 2018) yang berlangsung di Wisma MBSA hari ini dikejutkan dengan kemunculan ikon dangdut terkenal, Mas Idayu serta artis remaja popular, Benladin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Membuka tirai persembahan selaku penyanyi jemputan, Benladin mendendangkan single baharunya, Hikayat Benladin yang kini berjaya mencecah jumlah tontonan melebihi 6 juta kali di laman video YouTube sejak sebulan lalu.

Pun begitu, kelibat Benladin yang baru berusia 17 tahun itu mengundang tanda tanya kerana segmen pembukaan lazimnya akan mendedahkan kepada umum gerangan juri profesional yang diundang untuk menilai persembahan peserta.

Sebaik selesai persembahan, Benladin kemudiannya duduk bersebelahan dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, sekali gus menambahkan keraguan audiens BS 2018.

Tiba-tiba, suara lunak penyanyi wanita misteri menyanyikan lagu Tiada Tangis Lagi dendangan asal Ella Aminuddin berkumandang di seluruh dewan.

Selepas seketika membiarkan penonton berteka-teki, gerangan wanita misteri itu didedahkan dan tak diduga, Mas Idayu adalah empunya suara lunak tersebut, sekali gus menggamatkan seisi dewan.

Mengetengahkan tema Tapi Bukan Aku, konsert minggu keempat Big Stage 2018 menampilkan lapan peserta iaitu Sarah Suhairi, Sissy Imann, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Baby Shima, Ariff Bahran dan Tajul Ariff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini