Kehilangan peranti radioaktif tiada kaitan aktiviti keganasan - Utusan Malaysia

Kehilangan peranti radioaktif tiada kaitan aktiviti keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Polis percaya kes kehilangan peranti penyebaran radioaktif (RDD) tiada kaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk mengesan projektor tersebut yang masih hilang dan menangkap suspek-suspek yang terlibat.

“Setakat ini, tidak wujud sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kehilangan peralatan tersebut dengan sebarang aktiviti keganasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, sebuah syarikat swasta dari Shah Alam telah membuat aduan kehilangan sebuah peranti radioaktif.

Peranti itu dikatakan mengandungi isotop radioaktif Iridium-192 yang memancarkan radiasi beta dan gamma serta mempunyai separuh hayat 73 hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN