Kehilangan lebihan GST: Polis panggil seorang individu - Utusan Malaysia

Kehilangan lebihan GST: Polis panggil seorang individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Polis telah mengambil keterangan seorang individu semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kehilangan RM14.56 bilion daripada Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, individu terbabit dipanggil susulan satu kertas siasatan dibuka berhubung perkara itu.

Ujarnya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan berhubung perkara itu baru sahaja dijalankan.

“Ya, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dilakukan di bawah pecah amanah.

“Selain individu ini, kita akan panggil lebih ramai individu lain minggu hadapan termasuk pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN