KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum akan terus diperkukuh demi kebaikan dan juga kemakmuran negara. Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar berkata, perkara tersebut sama sekali tidak boleh dibiarkan tergugat oleh sikap rasis mana-mana pihak. “Komitmen mempertahan nilai-nilai masyarakat yang majmuk khususnya di DUN Seri Setia tidak diketepikan dan selari pendekatan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri…










